suria

Rooney Dijangka Pulih Sebelum Bertemu Schalke

Rooney mengalami kecederaan di bahagian paha.
Rooney mengalami kecederaan di bahagian paha.
Rooney mengalami kecederaan di bahagian paha.

PENYERANG Manchester United, Wayne Rooney diketepikan pada sesi latihan menjelang pertemuan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (CL), bertemu Schalke 04 awal pagi Khamis.

Pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson berkata, Rooney mengalami kecederaan di bahagian paha, namun dijangka pulih menjelang aksi menentang Schalke nanti.

“Dia tidak turun menjalani latihan, tetapi dia akan pulih esok,” katanya.

United bakal melayan kunjungan Schalke di Old Trafford dengan kelebihan dua gol selepas menang 2-0 pada saingan pertama minggu lalu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain