Kutipan Mata Semakin Sengit

Diterbitkan: Rabu, 4 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaringan Mohd Badhri Mohd Radzi pada minit ke-44 telah membantu Kelantan menewaskan Johor FC 1-0 di Stadium J.Corp, Pasir Gudang, Johor, malam Selasa, sekaligus mengekalkan kedudukan takhta Liga Super.

Kelantan dibawah bimbingan Datuk. M. Karathu kini mempunyai kelebihan jaringan untuk menerajui carta kedudukan selepas berkongsi 36 mata dengan pencabar terdekat, Selangor.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Selangor menewaskan Kuala Lumpur 3-1 dengan dua jaringan dilakukan oleh Rudie Ramli pada minit ke-10 dan 89 serta Safiq Rahim pada minit ke-46.

Manakala gol saguhati Kuala Lumpur disumbangkan oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-30.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan tuan rumah Terenganu menewaskan pasukan tercorot, Perlis 3-1.

Bagaimanapun, Perlis membuat kejutan awal dengan mendahului 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Nik Shahrul Hanizam Mohd pada minit ke-17.

Terengganu, yang menduduki tangga ketiga liga dengan 35 mata, bangkit pada babak kedua untuk menjaringkan gol menerusi Abdul Manaf Mamat pada minit ke-54, Ashari Samsudin (min-67) dan Abdul Manaf Mamat pada minit ke-76.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, pasukan Negeri Sembilan mengatasi Perak 3-1.

Hairudin Omar muncul wira pasukan Negeri Sembilan dengan menjaringkan dua gol pada minit ke 55 dan 72 manakala Mohd Khairul Ridzwan membuka tirai jaringan pada minit ke-33.

Gol tunggal Perak dihasilkan oleh Razali Umar Kandasamy pada minit ke-89.

Di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang mencatat keputusaan seri tanpa jaringan dengan Felda United.

Di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah seri 1-1 kepada Sabah.

Gol Kedah dijaringkan oleh Shafizan Hashim minit ke-12 manakala gol Sabah pula disumbangkan oleh Mohd Farid Idris menerusi sepakan penalti pada minit ke-41.

Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Perdana di Stadium Selayang malam ini, Sime Darby mengatasi Harimau Muda B 1-0. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan