Waspada Dengan Real: Xavi

Diterbitkan: Selasa, 3 Mei 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASUKAN Barcelona tetap akan menggunakan formula menyerang pada perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (CL) menentang Real Madrid awal pagi Rabu ini.

Pemain tengah Barca, Xavi berkata, biarpun pasukannya telah mendahului 2-0 pada saingan pertama minggu lalu, corak permainan tetap tidak akan berubah.

“Mereka (Real) pastinya akan bangkit dan mencari keputusan yang lebih baik, malah dijangka akan menggunakan taktik lebih menyerang dan akan lebih mengukuhkan benteng pertahanan mereka.

“Tetapi kami telah bersedia untuk menghadapi lawan di Nou Camp. Apa pun yang berlaku, Barca akan terus bermain dengan gaya permainan seperti sebelum ini. Permainan kami tidak akan berubah,” jelas pemain antarabangsa Sepanyol ini.

Menurut Xavi, pasukannya sentiasa akan menyerang dan tidak akan berada di belakang sahaja.

“Kami tidak tahu bermain dengan cara bertahan, malah penyokong-penyokong kami juga pastinya tidak bersetuju dengan corak permainan itu,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan