suria

Norwich City Mara Ke Liga Perdana Inggeris

PASUKAN Norwich City bakal mewarnai perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim depan selepas berjaya menundukkan Porthmouth 1-0 pada perlawanan play-off, awal pagi Selasa.

Jaringan tunggal Simeon Jackson pada minit ke-50 cukup untuk meletakkan pasukan kendalian Paul Lambert itu di tangga kedua (division dua) sekali gus layak ke EPL untuk pertama kalinya sejak tahun 2005.

Norwich mengumpul 83 mata daripada 45 perlawanan dan hanya empat mata berbeza dengan pasukan di tangga ketiga, Cardiff City yang kalah 3-0 kepada Middlesbrough.

Namun masih berpeluang untuk mengikut jejak langkah Norwich memandangkan masih lagi berbaki satu perlawanan.

“Ia satu keajaiban dan seperti tidak percaya pasukan ini akan mara ke EPL musim depan,” kata Lambert yang juga bekas pemain tengah Scotland sebelum ini.

Artikel Lain