suria

Ferguson Buat Rombakan Pemain

PASUKAN Manchester United bakal melakukan rombakan menjelang perlawanan separuh akhir kedua Liga Juara-Juara (CL) menentang Schalke awal pagi Khamis di Old Trafford.

United bakal melayan kedatangan tetamu dengan berbekalkan dua mata selepas menewaskan Schalke 2-0 pada saingan pertama minggu lalu sekali gus impian untuk mara ke final terbuka luas.

Pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson (gambar) berkata, perubahan ini perlu dilakukan demi kepentingan pasukan.

“Saya akan melakukan perubahan pemain tanpa sebarang persoalan. Tiga nama yang akan saya bawa ialah Paul Scholes, Dimitar Berbatov dan Michael Owen.

“Saya perlu melakukan tindakan ini tetapi lebih penting akan meletakkan pemain yang berpengalaman di barisan belakang," katanya.

Artikel Lain