suria

Liverpool Benam Newcastle 3-0

Suarez menjaringkan gol ketiga Liverpool.
Suarez menjaringkan gol ketiga Liverpool.
Suarez menjaringkan gol ketiga Liverpool.

LIVERPOOL: Kenny Dalglish memuji usaha Luis Suarez selepas membantu Liverpool menewaskan Newcastle 3-0 di Anfield, malam Ahad.

Begitupun, tumpuan utama dalam perlawanan itu disasarkan kepada penyerang Reds, Andy Carroll iaitu sama ada dia boleh mencipta impak ke atas kelab lamanya.

Kemenangan itu membolehkan Liverpool mengatasi Tottenham di tempat kelima dan menghidupkan peluang untuk mengisi slot ke kelayakan Liga Europa.

Prestasi terbaik Liverpool itu memberi gambaran awal terhadap kedudukan Daglish yang mungkin diserapkan selaku pengurus tetap kelab tersebut pada akhir musim ini.

Carroll tiba di Anfield pada Januari lalu tetapi dia hanya diturunkan pada saat akhir selepas bergelut dengan kecederaan lutut ketika menentangArsenal baru-baru ini.

Bekas pemain Newcastle itu turut diejek sepanjang perlawanan dan menyaksikan Rodriguez membuka jaringan awal pada minit ke-10 sebelum Kuyt menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti.

Gol ketiga pula dilengkapkan Suarez pada minit ke-65.

"Suarez menjadi nadi utama kejayaan Liverpool. Dia sentiasa menjadi ancaman kepada Newcastle. Sebagai seorang pemain, Suarez tidak mengambil masa lama untuk mencari peluang," katanya.

Sementara itu, Dalglish mengakui Carroll mempunyai masa depan cerah bersama Liverpool pada perlawanan akan datang memandangkan dia hanya kembali menjalani latihan beberapa hari lalu.

"Dia masih lagi muda. Saya percaya dia akan mencipta kejutan pada musim depan," jelasnya.

Artikel Sebelum

Waspada Dengan Real: Xavi

Artikel Berikut

Artikel Lain