Undian Sukan Olimpik 2012 Dan Piala Dunia 2014 Di KL Esok

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejauh mana Malaysia boleh mencapai impian untuk melangkah ke Sukan Olimpik 2012 London dan Piala Dunia 2014 di Brazil bergantung kepada undian dua kejohanan utama itu di sini, Rabu.

Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) dalam laman webnya pada Selasa berkata dua undian itu akan berlangsung di ibu pejabatnya di Bukit Jalil di sini pada pukul 3 petang.

AFC berkata undian pusingan kedua Sukan Olimpik 2012 akan menyaksikan Malaysia menyertai 10 negara lain yang layak dari pusingan kelayakan serta 13 lagi pasukan yang terus melangkah ke pusingan kedua.

Negara lain ialah Kuwait, Thailand, Oman, Emiriyah Arab Beersatu (UAE), Iran, Yeman, Hong Kong, Jordan, India dan Turkmenistan yang memenangi perlawanan pusingan pertama masing-masing.

Negara yang memperoleh kelayakan terus ke pusingan kedua berdasarkan pencapaian pada pusingan kelayakan Sukan Olimpik 2008 Beijing ialah Korea Selatan, Korea Utara, Australia, China, Jepun, Iraq, Bahrain, Qatar, Arab Saudi, Syria, Lubnan, Uzbekistan dan Vietnam.

Skuad kebangsaan, dibawah bimbingan Ong Kim Swee, melangkah ke pusingan kedua selepas menewaskan Pakistan dengan agregat 2-0 selepas menang perlawanan 2-0 di Stadium Shah Alam pada 23 Februari lalu dan seri tanpa jaringan pada perlawanan timbal balik di Stadium Punjab, Lahore, pada 9 Mac lalu.

Malaysia kali terakhir layak ke Sukan Olimpik ialah pada 1980 di Moscow tetapi kerajaan Malaysia memboikot temasya tersebut kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan.

Sebelum itu, pemain Malaysia beraksi pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.

Dalam undian pusingan kelayakan Piala Dunia, skuad bimbangan K.Rajagobal akan mengetahui lawannya pada pusingan pertama dan kedua.

Malaysia tidak pernah layak ke Piala Dunia semenjak menyertai pusingan kelayakan pada 1974.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan