Barry Sah Ketuai England - Sukan | mStar

Barry Sah Ketuai England

Diterbitkan: Selasa, 29 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barry menjalani latihan di Stadium Wembley pada Isnin. - Foto AP/Alastair Grant
Barry menjalani latihan di Stadium Wembley pada Isnin. - Foto AP/Alastair Grant

PENGURUS England, Fabio Capello mengesahkan Gareth Barry akan mengetuai England dalam pertemuan persabahatan menentang Ghana di Wembley, England.

Pemain tengah Manchester City itu diberi kepercayaan untuk memakai ban kapten selepas Capello melepaskan John Terry dan Frank Lampard lebih awal manakala Rio Ferdinand dan Steven Gerrard masih dibelenggu kecederaan.

Wayne Rooney dan David Beckham antara pemain yang pernah mengetuai England di bawah pimpinan Capello.

Barry, 30, akan mengetuai England dalam penampilan ke-46nya bersama pasukan itu.

Dia pernah memakai ban kapten ketika perlawanan persahabatan menentang Denmark bulan lalu dan Trinidad serta Tobago pada 2008.

"Dia adalah pemain dan kapten hebat. Dia juga antara pemain yang melakukan banyak penampilan bersama England," kata Capello.

Capello juga mengesahkan dia akan melakukan beberapa pertukaran dalam barisan pemain yang menumpaskan Wales 2-0 pada Sabtu ke atas pasukan yang melayakkan diri ke suku akhir Piala Dunia 2010.

Penyerang Liverpool, Andy Carroll dijangka membuat penampilan keduanya di peringkat antarabangsa.

Gary Cahill dan Phil Jagielka akan memperkuat benteng pertahanan di samping Leighton Baines manakala penjaga gol Joe Hart dan pemain tengah Scott Parker mengekalkan posisi mereka.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan