Vettel Ungguli GP Australia

Diterbitkan: Isnin, 28 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Vettel memenangi saingan pembukaan F1 di Litar Albert Park, Melbourne pada Ahad.
Vettel memenangi saingan pembukaan F1 di Litar Albert Park, Melbourne pada Ahad.

MELBOURNE:Juara dunia, Sebastian Vettel meneruskan penguasaannya selaku pendahulu dengan menjuarai perlumbaan pembukaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Australia, di sini pada Ahad.

Vettel yang muncul juara dunia termuda tahun lalu gagal disekat pencabar terdekat di Litar Albert Park untuk menewaskan juara dunia 2008, Lewis Hamilton dari McLaren dengan kelebihan 22 saat manakala pemandu Lotus Renault, Vitaly Petrov menduduki tempat ketiga.

"Segalanya berjalan dengan bagus. Ada banyak perkara yang saya pelajari hari ini dan kami sudah maju ke hadapan," katanya.

Jentera Vettel melakukan pecutan terpantas di Litar Albert Park dengan 1:23.529 saat untuk meraih petak pertama dalam sesi kelayakan pada Sabtu.

Pemandu Ferrari, Fernando Alonso terlepas peluang menaiki podium selepas menamatkan perlumbaan di tempat keempat amanakala rakan pasukan Vettel, Mark Webber menduduki tempat kelima buat kali ketiga di gelanggang sendiri.

"Saya percaya kami boleh berbangga dengan pencapaian pasukan. Dua minggu lalu, kami tidak menjangka untuk mengisi kelompok lima teratas di sini.

"Jadi menamatkan perlumbaan di tempat kedua merupakan pencapaian terbaik kami. Namun kami juga berjaya mengejar Sebastian di awal perlumbaan," ujar Hamilton.

Petrov turut menaiki podium buat pertama kalinya dalam penampilan ke-20nya dalam perlumbaan GP.

"Saya amat gembira kerana dapat menaiki podium dengan pemandu hebat. Sepanjang sesi latihan dan kelayakan, jentera berada dalam keadaan menakjubkan dan hari ini pasukan melakukan segalanya dengan sempurna," kata Petrov.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan