suria

Villa Muncul Penjaring Terbanyak Sepanyol

Villa (tengah) menyempurnakan sepakan penalti untuk menggandakan jaringannya ketika bertemu Republik Czech di Stadium Los Carmenes, Granda.REUTERS/Jon Nazca

DAVID Villa muncul penjaring terbanyak Sepanyol selepas menjaringkan dua gol untuk membantu pasukan itu menundukkan Republik Czech 2-1 pada perlawanan kelayakan Kumpulan I, Euro 2012.

Selepas Jaroslav Plasil meletakkan Republik Czech di depan seawal minit ke-29, Villa mengikat kedudukan pada minit ke-69 dan menggandakan jaringan menerusi sepakan penaliti empat minit kemudian.

Ia adalah gol ke-45 dan 46 untuk negaranya sekaligus meletakkan dia di depan bekas penyerang Real Madrid, Raul dan membantu Sepanyol mengekalkan rekod bersih dalam kempen kelayakan dengan empat kemenangan.

"Saya mendedikasikan gol ke-45 untuk rakan sepasukan," katanya yang menjaringkan lima gol untuk Sepayol ketika menjuarai Piala Dunia tahun lalu.

Villa melakukan penampilan pertama bersama Sepanyol ketika menentang San Marino pada Februari 2005.

Dikenali sebagai 'el guaje' atau 'the kid', pemain berusia 29 tahun itu melakukan 72 penampilan untuk mengatasi rekod Raul yang beraksi dalam 102 perlawanan pada 2006.

"Villa mempunyai sentuhan berbisa ketika berada di depan gelanggang," kata pengurus Sepanyol, Vicente del Bosque.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain