Kejohanan Golf Amal Bagi Membantu Persatuan Bola Jaring

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Golf Amal Tan Sri Muhyiddin (TSMCG) pada Ahad menganjurkan kejohanan golf amal untuk membantu Persatuan Bola Jaring Malaysia (MNA) di Glenmarie Golf and Country Club dekat sini.

Kejohanan amal itu untuk mencari dana bagi persatuan berkenaan menyertai Kejohanan Bola Jaring Dunia yang akan berlangsung di Singapura Julai ini dan juga bagi MNA menjalankan aktivitinya serta mempromosikan bola jaring di semua peringkat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya pada kejohanan itu berkata TSMCG yang diilhamkan beliau, akan terus memaju dan mempromosikan kualiti atlet kebangsaan menerusi pelbagai aktiviti dan program.

Beliau juga menasihatkan peserta ke Kejohanan Bola Jaring Dunia, yang diadakan buat pertama kali, agar bekerja keras dan mencapai ranking 10 teratas.

Sebanyak 12 atlet dan lima pegawai dari MNA akan menyertai kejohanan tersebut.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan