suria

Benitez Calon Pilihan Terajui Villa

Benitez tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan Inter Milan.
Benitez tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan Inter Milan.
Benitez tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas meninggalkan Inter Milan.

BEKAS pengurus Liverpool, Rafael Benitez dilaporkan bersedia untuk kembali ke saingan Liga Perdana Inggeris.

Laporan The Sun mendakwa, Benitez yang membantu Liverpool memenangi perlawanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2004/2005 disenarai pendek oleh pemilik Aston Villa, Randy Lerner meskipun mempunyai rekod buruk ketika berada di Anfield.

Beliau berhijrah ke Inter Milan untuk mengisi kerusi panas yang ditinggalkan Jose Mourinho pada musim panas tetapi hanya bertahan selama beberapa bulan sebelum digantikan Leonardo.

Benitez kini tidak mempunyai sebarang kerja.

Pengurus Villa, Gerard Houllier terus menerima tekanan daripada peminat dan laporan pada Jumaat mendakwa beberapa pemain kelab itu bersedia meninggalkan Villa Park sebagai protes terhadap sistem kejurulatihan beliau.

The Reds bagaimanapun bersedia membawa masuk pemain Roma, Philippe Mexes jika mereka tidak berjaya mendapatkan khidmat pemain pertahanan Bolton, Gary Cahill.

Menurut The Sun, Bolton menuntut bayaran 15 juta pound (RM72.8 juta) terhadap Kenny Dalglish untuk melepaskan Cahill.

Mexes pula tidak terikat dengan mana-mana kelab pada musim panas dan khidmatnya turut diintai Arsenal.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain