ATM Tutup Tirai Dengan Dominasi Emas Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan

Diterbitkan: Ahad, 27 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGI: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kekal mendominasi pingat emas sepanjang kejohanan sebelum menutup tirai Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Sirkit 1, 2011 yang diadakan di Kompleks Sukan Bangi, Ahad.

Bagaimanapun tiada rekod kebangsaan mampu dicatatkan pada kejohanan hari ini.

Acara terakhir pada Ahad menyaksikan, ATM memperoleh 11 lagi pingat emas dalam empat kategori yang disumbangkan menerusi atlet lelakinya, Mohd Hafiz Ab Halim yang menyumbang tiga pingat emas, Muhammad Zafril Zulkifli (3 emas), Abdul Azim Najmi Abdul Rashid (3 emas) dan Muhammad Yudzaimie Mohd Yunus (2 emas) masing-masing dalam kategori berbeza dengan membuat jurang pingat yang besar untuk menjadikan jumlah keseluruhan 19 emas.

Kedudukan pingat ini diikuti oleh Pahang dan Johor yang jauh ketinggalan di belakang ATM dengan masing-masing membawa pulang dua pingat emas sementara Kedah, Pulau Pinang dan Terengganu pula masing-masing dengan kedudukan satu pingat emas.

Namun tujuh lagi negeri iaitu, Kelantan, Sabah, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Labuan gagal merangkul sebarang pingat emas sepanjang empat hari kejohanan ini berlangsung.

Dalam kategori lelaki angkatan melebihi 105kg, Abdul Azim Najmi, 24 dari ATM muncul juara acara snatch dan clean and jerk dengan membuat angkatan beban masing-masing 135kg dan 170kg.

Beliau yang berasal dari Muadzam Shah, Pahang sekaligus merangkul juara keseluruhan dengan angkatan keseluruhan 305kg untuk menewaskan dua pencabar terdekat Mohamad Syafiq Husin dari Selangor dan Khoo Jian Peng dari Kedah yang masing-masing meraih pingat perak dan gangsa dalam ketiga-tiga acara tersebut.

"Saya baru saja pulih daripada kecederaan di tapak kaki yang dialami minggu lepas. Walaupun kurang berpuas hati dengan pencapaian angkatan sendiri pada hari ini kerana boleh buat yang lebih baik, namun saya berpuas hati.

"Saya akan kekalkan momentum ini untuk ke sirkit kedua di Pahang yang dijangka pada Julai nanti dan saya harap dengan keputusan hari ini berjaya melayakkan untuk dipilih untuk mewakili negara ke Sukan SEA di Indonesia hujung tahun ini," katanya kepada Bernama selepas tamat pertandingan.

Bagi kategori 105kg pula, Muhammad Zafril berjaya mengutip tiga emas dalam kategorinya apabila tidak memberi peluang pesaingnya sebelum menang dalam acara snatch dan clean and jerk masing-masing dengan angkatan 132kg dan 170kg untuk merangkul juara keseluruhan dengan jumlah angkatan 302kg mengatasi atlet Sabah, Jerry Nonong serta atlet Labuan, Elisha Louis Tan Kom Ho.

Bagi kategori 94kg, Muhammad Yudzaimie yang membuat jumlah angkatan keseluruhan dengan 265kg jauh meninggalkan persainganya apabila kedua-dua pesaingnya, Muhammad Nooramin dari ATM dan Mohd Dyul Kafry dari Kuala Lumpur menarik diri dalam acara clean and jerk dengan angkatan 265kg untuk menjadi pemenang.

Namun dalam acara snatch, beliau sekadar di tempat kedua dengan angkatan kurang satu kilogram di belakang Mohd Dyul yang membuat angkatan 121kg.

Bagi kategori 85kg pula, Mohd Hafiz mengungguli kedua-dua acara snatch dan clean and jerk apabila membuat angkatan masing-masing 120kg dan 143kg untuk mengumpul angkatan keseluruhan 263kg.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan