Nicol Bangga Dapat Peluang Pertahankan Gelaran Asia Di Negeri Kelahirannya

Diterbitkan: Khamis, 24 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Datuk Nicol Ann David berasa amat bangga dan teruja apabila mendapat peluang mempertahankan gelaran jaguh Asia di negeri kelahirannya serta di gelanggang sempena namanya di sini, bulan depan.

Ratu skuasy negara berusia 27 tahun itu adalah antara 250 pemain dari 15 negara yang akan bertanding pada Kejohanan Individu Asia ke-16 di Pusat Skuasy Antarabangsa Nicol David di sini dari 26 hingga 30 April ini.

Nicol, pemain nombor satu dunia, yang kali pertama menjuarai gelaran itu pada 1998, akan mempertahankan gelaran Asia itu buat kali kelapan.

Pada tahun lepas, Nicol berjaya mengekalkan gelarannya apabila menewaskan jaguh wanita Hong Kong, Rebecca Chiu, 11-6, 11-7, 11-7 pada perlawanan akhir di Chennai, India.

"Saya teruja, kerana ini merupakan pertandingan pertama diadakan di negeri ini dan berlangsung di pusat skuasy atas nama saya, jadi saya jangkakan persaingan hebat akan berlaku pada kejohanan ini," kata Nicol pada sidang media berhubung kejohanan itu di sini, Rabu.

Juara dunia lima kali itu berkata walaupun beraksi di negerinya sendiri namun beliau tidak akan mengambil mudah dan akan menampilkan persembahan terbaiknya.

Sementara itu, Presiden Persekutuan Skuasy Asia, Datuk Abdul Sani Karim, berkata antara pemain utama Asia yang mengambil bahagian adalah dari India, Pakistan, Hong Kong, Jepun, Korea Selatan, Kuwait, Sri Lanka, Singapura, Iran, Iraq, China dan Taiwan.

"Kejohanan kali ini mempunyai sedikit pembaharuan berbanding di Chennai tahun lepas iaitu ia hanya mempertandingkan acara perseorangan lelaki dan wanita sahaja," katanya.

Katanya kejohanan yang diperkenalkan pada 1981 itu akan menyaksikan saingan hebat berikutan penampilan pemain bertaraf dunia dari benua Asia khususnya dari Pakistan dan Hong Kong.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan