Siaran F1 Secara HD Pertama Di ESPN

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Selepas musim penuh mendebarkan dan mengujakan tahun lalu, kejuaraan Formula Satu (F1) kini kembali lagi memeriahkan arena sukan dunia dengan perlumbaan pembuka tirai 2011 dijadualkan berlangsung pada Grand Prix Australia, hujung minggu ini.

Rentetan itu, ESPN Star Sports (ESS) selaku pembekal rancangan sukan terkemuka di Asia memperhebatkan siaran perlumbaan 19 musim ini dalam tayangan definisi tinggi buat julung kalinya di ESPN HD sempena ulang tahun ke-20 penyiaran sukan berprestij dunia tersebut.

ESPN Star Sports yang disokong oleh penaja siaran, Petronas, akan menampilkan siaran televisyen secara langsung paling menyeluruh meliputi semua saingan utama dan sesi kelayakan.

Pengurus Besar Petronas Motorsports, Anita Azrina Abdul Aziz berkata, pihaknya amat gembira kerana meneruskan kerjasama dengan ESPN Star Sports dalam usaha mengukuhkan jenama merentasi rantau ini.

"Kami sudah bekerjasama bertahun-tahun dengan ESPN Star Sports dalam menyiarkan siaran langsung kejuaraan F1 di Malaysia dan rantau Asia.

"Kami turut menekankan peningkatan kaliber dan kehadiran Asia dalam arena F1 dan sukan pemotoran," katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran musim F1 oleh ESPN Star Sports di Extreme Park Sunway Lagoon, Rabu.

Lebih menarik, saluran itu akan menyiarkan lebih 600 jam intipati F1 dengan liputan secara meluas program pra dan pasca perlumbaan, hari perlumbaan dan pelepasan bendera yang akan dimeriahkan dengan celoteh pengacara Paula Malai Ali, Steve Dawson dan bekas pemandu F1 negara, Alex Yoong.

Untuk menghangatkan musim 2011, peminat F1 turut akan disajikan dengan ulasan tiada tandingan yang disampaikan pengulas veteran, Steve Slater dan pengarah teknikal, Gary Anderson.

Slater yang memiliki pengalaman luas dalam bidang komentator mengakui begitu teruja untuk memulakan kempen musim baru F1 yang penuh debaran di Australia hujung minggu ini.

"Saya tidak sabar memulakan tugas bagi musim 2011. Saya percaya pasukan Red Bull mempunyai peluang cerah untuk memenangi perlumbaan di litar Albert Park kerana mereka memiliki jentera dan pelumba hebat," jelasnya ketika ditemui pemberita di sini.

Perlumbaan pertama F1 musim ini sepatutnya bermula di Grand Prix Bahrain tetapi terpaksa dibatalkan kerana ketidakstabilan politik yang melanda negara itu.

Sementara itu, edisi 2011 juga menampilkan litar baru di Grand Prix India, New Delhi pada Oktober ini yang menjadikan saingan lebih terbuka.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan