Permukaan Trek Bukan Punca Kemalangan Di Manchester: UCI

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Laporan penuh Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) mengesahkan insiden kemalangan ngeri membabitkan pelumba terbilang, Mohd Azizulhasni Awang pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester pada 19 Februari lalu bukan disebabkan faktor permukaan trek rosak.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Abd Wahab mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan penuh menerusi email bertarikh 18 Mac 2011 daripada Koordinator Sukan Trek UCI, Gilles Peruzzi yang berpangkalan di Aigle, Switzerland.

Malah, UCI turut menyelitkan ulasan Pengurus Besar Pusat Berbasikal Kebangsaan Britain, Jarl Walsh tentang laporan video rakaman definisi tinggi yang dilakukan sepanjang perlumbaan akhir keirin dimenangi pelumba Britain, Chris Hoy.

Menurut email itu, laporan penuh disediakan oleh Presiden Panel Komisar, Wayne Pomario yang bertindak atas arahan Presiden UCI, Pat Mac Quaid selepas menerima permohonan rasmi menerusi sepucuk surat bertarikh 1 Mac 2011 daripada MNCF kepada badan dunia itu.

"Saya telah teliti kandungan surat tersebut dan persatuan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh UCI. Laporan Presiden Panel Komisar juga sangat jelas dan sekarang kami tahu apa yang sebenarnya berlaku di Manchester,” katanya.

Laporan Peruzzi menyebut tiada bukti kukuh kononnya permukaan trek menjadi kepada kemalangan tersebut manakala laporan Pomario pula menjelaskan pelumba Sepanyol menjadi kemalangan pada Corner 3 selepas perlumbaan tinggal 2.5 pusingan iaitu sesudah Derny keluar daripada barisan enam pelumba.

Laporan Walsh pula meminta diadakan siasatan menyeluruh tentang corak pedal basikal ditunggang Mohd Azizulhasni yang berkemungkinan menyebabkan kayu trek tercabut akibat berlakunya kemalangan tersebut.

Abu Samah berkata: “Daripada apa yang saya faham, pelumba Sepanyol menjadi punca kemalangan apabila dia melanggar Azizul. Malah, apabila membaca kandungan laporan tersebut, barulah kami tahu bahawa Poland ada membuat bantahan rasmi tentang kemenangan Azizul tetapi ditolak oleh Panel Komisar.

"Bagaimanapun, Panel Komisar menegaskan pelumba Sepanyol tersebut tidak berniat atau bukan sengaja untuk mencetus kemalangan berkenaan. Walaupun Panel Komisar mendenda pelumba komisar, namun ia tiada sebarang makna kerana dia menduduki tempat terakhir daripada enam pelumba.”

Pada 1 Mac lalu, PKBM menulis surat rasmi kepada UCI memohon agar badan dunia itu menyalur semua maklumat terperinci berhubung insiden kemalangan ngeri membabitkan Mohd Azizulhasni pada Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester pada 19 Februari lalu.

Azizulhasni mengalami kemalangan serius pada 19 Februari lalu apabila betisnya tertusuk serpihan kayu ketika bertanding acara keirin di Siri Piala Dunia Klasik UCI di Manchester bulan lalu. Dia kemudiannya tetap berupaya menghabiskan perlumbaan untuk meraih pingat gangsa.

Insiden tersebut mendapat liputan meluas di seluruh dunia gara-gara kemalangan pelik membabitkan Azizulhasni dan semangatnya yang tetap mahu menghabiskan perlumbaan sekalipun betisnya tertusuk serpihan kayu.

Sehubungan itu, Abu Samah menganggap kes membabitkan kemalangan Azizul di Manchester sudah boleh dilupakan sepenuhnya selepas PKBM menerima laporan penuh daripada UCI.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan