Liverpool, Chelsea Datang Ke Malaysia Julai Ini

Diterbitkan: Rabu, 23 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab terkemuka Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool dan Chelsea akan mengadakan perlawanan menentang skuad Harimau Malaya di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, pada Julai ini.

Perlawanan persahabatan itu adalah sempena lawatan dua pasukan gergasi itu ke Malaysia dalam siri Jelajah Asia 2011.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad berkata pihaknya telah mendapat persetujuan daripada kedua kelab tersebut dan tarikh perlawanan akan diumumkan kemudian.

"Kemungkinan besar dalam masa terdekat ini satu lagi kelab terkemuka EPL akan mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad negara namum perkara itu masih dalam peringkat perbincangan," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Azzudin berkata jadual perlawanan skuad negara bersama kelab Liverpool dan Chelsea mungkin hanya berbeza antara tiga atau empat hari sahaja.

Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan setelah membatalkan pertemuan dengan pasukan Selangor pada 2008.

Manakala pasukan 'The Blues' (Chelsea) pernah menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan siri Jelajah Asia pada 2008.- BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan