suria

Skuad Pelayaran Negara Buat Demonstrasi Pada Vietnam Sailing Festival

LANGKAWI: Skuad pelayaran negara bersama tujuh negara lain mengadakan demonstrasi pengendalian perahu layar pada Vietnam Sailing Festival 2011 selama empat hari di Mui Nei Bay yang berakhir pada Isnin.

Pengurus pasukan Normira Desa berkata negara yang turut mengambil bahagian ialah Rusia, New Zealand, Pakistan, Qatar, Singapura, Australia dan tuan rumah Vietnam.

"Demonstrasi itu diadakan sebagai usaha Vietnam memperkenalkan sukan pelayaran di negara berkenaan," katanya kepada Bernama di sini, Selasa.

Malaysia menghantar lapan pelayar iaitu gandingan Ku Anas Ku Zamil/Ahmad Hakimi, Mohd Latif Khan/Mohd Hafizudin Mazelan, Khairunesa Mohd Afendy/Nor Afikah Mohd Latif dan Nur Liyana Abdul Latif/Norashikin Mohd Sayed.

Beliau berkata menerusi demonstrasi itu, pelayar negara mendapat pendedahan bersama pelayar negara-negara yang mengambil bahagian.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain