FAM Bubar Skuad Bola Sepak Wanita

Diterbitkan: Selasa, 22 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memutuskan untuk membubar skuad bola sepak wanita kebangsaan bagi meneruskan usaha mencari bakatbaru sebelum membentuk pasukan lebih mantap pada masa depan.

Setiausaha Agung FAM Datuk Azzuddin Ahmad berkata ekoran pembubaran itu, pemain lama yang berpengalaman akan dipertimbang untuk menjadi jurulatih pasukan bola sepak wanita negeri.

"Mereka akan membantu FAM mencungkil bakat-bakat baru di peringkat akar umbi nanti," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kursus kejurulatihan akar umbi bola sepak wanita bersama Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) di sini, Selasa.

Beliau berkata sebelum menubuhkan kembali skuad bola sepak wanita, FAM akan memberi tumpuan kepada program berkaitan pembangunan akar umbi di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak daripada golongan tersebut.

Program pembangunan itu bermula April tahun lepas, namun hanya membabitkan beberapa sekolah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

Bekas Kapten skuad wanita kebangsaan Angela Kais, 31, berkata walaupun agak sedih dengan pembubaran itu, beliau gembira dengan usaha FAM menganjurkan program tersebut.

"Bila skuad wanita dibubarkan, kami tidak ada tempat untuk bermain, namun usaha FAM menganjurkan program pembangunan bola sepak wanita di peringkat akar umbi memberi peluang untuk kami bersama membantu FAM kumpul pemain baru," katanya.

Seramai 31 wakil yang dipilih persatuan bola sepak negeri kecuali Perlis, Kelantan, Terengganu dan Perak, dihantar menyertai kursus lima hari yang berakhir Sabtu ini.

Kursus itu dikendalikan dua pelatih FIFA iaitu bekas jurulatih pasukan bola sepak Jerman Manika Staab dan pegawai FIFA Samuel Schweingruber.

Kali terakhir skuad wanita kebangsaan menyertai kejohanan ialah pada temasya Sukan SEA Laos 2009.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan