suria

Evans Minta Maaf Kasari Holden

Holden (kanan) mengerang kesakitan selepas dikasari pemain United ketika pertemuan di Old Trafford.
Holden (kanan) mengerang kesakitan selepas dikasari pemain United ketika pertemuan di Old Trafford.
Holden (kanan) mengerang kesakitan selepas dikasari pemain United ketika pertemuan di Old Trafford.

PEMAIN Manchester United, Jonny Evans meminta maaf kepada Stuart Holden di atas kekasaran yang dilakukannya sehingga memaksa pemain tengah Bolton itu diketepikan selama enam bulan.

Holden bergelut dengan kecederaan serius selepas dikasari Evan pada pertemuan di Old Trafford yang menyebabkan pemain pertahanan United itu dilayangkan kad merah ketika perlawanan berbaki 14 minit.

Holden diusung keluar padang dan United mencatatkan kemenangan tipis, 1-0 menerusi jaringan Dimitar Berbatov.

"Saya ada menerima panggilan maaf daripada Evans. Dia berharap agar saya cepat sembuh," kata Holden.

Holden, 25, akan terlepas perlawanan Piala Emas CONCACAF yang akan dianjurkan di Amerika Syarikat.

Pengurus Bolton, Owen Coyle berkata dalam laman web kelab itu, mereka amat prihatin mengenai kecederaan Holden yang memerlukan jangka masa panjang dan sokongan untuk pulih sepenuhnya.

"Holden mempamerkan aksi cemerlang musim ini. Dia antara pemain tengah terbaik dalam Liga Perdana Inggeris. Dia mempunyai karakter tersendiri dan mentaliti untuk menang bersama pasukan," katanya.

Ia adalah kecederaan serius kedua dialami pemain berusia 25 tahun itu. Pada Mac lalu, kakinya patah selepas menerima terjahan kasar Nigel de Jong dalam aksi perlawanan persahabatan menentang Belanda.

Begitupun, dia berjaya memulihkan kecederaannya itu untuk beraksi pada Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain