suria

Adiq Hussainie Juara Sirkit 2 GP kebangsaan

Adiq (tengah) bersama pemenang tempat kedua dari ATM, Mohd Shahrul Nizam Che Samsudin (kiri) dan ketiga dari Kuala Lumpur, W. Mohammed Najmee W. Mohamed selepas tamat kejohanan lumba berbasikal Sirkit 2, GP Lumba Basikal Kebangsaan, Ahad. Foto: BERNAMA
Adiq (tengah) bersama pemenang tempat kedua dari ATM, Mohd Shahrul Nizam Che Samsudin (kiri) dan ketiga dari Kuala Lumpur, W. Mohammed Najmee W. Mohamed selepas tamat kejohanan lumba berbasikal Sirkit 2, GP Lumba Basikal Kebangsaan, Ahad. Foto: BERNAMA
Adiq (tengah) bersama pemenang tempat kedua dari ATM, Mohd Shahrul Nizam Che Samsudin (kiri) dan ketiga dari Kuala Lumpur, W. Mohammed Najmee W. Mohamed selepas tamat kejohanan lumba berbasikal Sirkit 2, GP Lumba Basikal Kebangsaan, Ahad. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pelumba negara Mohd Adiq Hussainie Othman mencuri tumpuan apabila muncul juara kategori lelaki terbuka pada Kejohanan Lumba Basikal Grand Prix (GP) Kebangsaan Sirkit 2 di sini, Ahad.

Adiq Hussainie, yang mewakili pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), mencatatkan masa tiga jam 16 minit 14 saat pada perlumbaan 10 pusingan melibatkan jarak 135km.

Katanya perlumbaan itu, yang bermula dan berakhir di hadapan bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini, amat mencabar kerana faktor angin kuat di samping membantunya mempersiapakan diri bagi menghadapi Kejohanan Jelajah Thailand (1-6 April) dan Jelajah Korea dari 15 hingga 24 April ini.

Sementara itu, bagi kategori wanita terbuka, pelumba Selangor, Nurul Ahmar Badeuzamani, muncul juara dengan mencatatkan masa 1'37.24s, mengetepikan dua pelumba Kedah Mardiana Mohd Radzi dan Masziyaton Mohd Radzi yang menduduki tempat kedua dan ketiga dengan catatan masa yang sama.

Perlumbaan bagi kategori Terbuka Wanita melibatkan jarak 54 km iaitu empat pusingan.

Kejohanan itu melibatkan lima kategori iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita, Lelaki Bawah 18 Tahun (54km), Wanita Bawah 18 tahun (27km) serta Lelaki Veteran (27km).

Lumba Basikal GP Kebangsaan, anjuran Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), membabitkan perlumbaaan tujuh siri dengan siri pertama di Kelantan diikuti Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan siri terakhir di Pulau Pinang.

Dalam pada itu, presiden PKBM, Abu Samah Wahab berkata perlumbaan sirkit kebangsaan itu adalah medan bagi pelumba tempatan mengumpul mata sepanjang tahun untuk meuncul sebagai pelumba terbaik negara.

Katanya sirkit kebangsaan itu boleh menjadi acara 'pemanas badan' bagi pelumba negara sebelum menyertai Sukan SEA, Sukan Asia dan Sukan Komanwel.

KEPUTUSAN:

Lelaki Terbuka (135km) 1. Mohd Adiq Hussainie Othman (Terengganu) 3'16.14s

2. Mohd Shahrul Nizam Che Samsudin (ATM) 3'16.44s

3. W. Mohammed Najmee W. Mohamed (Kuala Lumpur) 3'16.44s

Wanita Terbuka (54km)

1. Nurul Ahmar Badeuzamani (Selangor) 1'37.24s

2. Mardiana Mohd Radzi (Kedah) 1'37.24s

3. Masziyaton Mohd Radzi (Kedah) 1'37.24s

Lelaki Bawah 18 tahun (54km)

1. Sofian Nabil Omar (MSN) 1'35.29s

2. Muhamad Afiq Huznie Othman (Terengganu) 1'35.29s

3. Muhamad Asyraf Misnan (SSBP) 1'35.29s

Wanita Bawah 18 tahun (27km)

1. Jupha a/p Somnet (MSN) 46:07s

2. Nurul Nadia Mohd Fauzi (MSN) 46:07s

3. Nur Farah Ain Imran (Selangor) 46:07s

Lelaki Veteran (27km)

1. Tony Harvey 45:21s

2. Nor Effandi Rosli 45:21s

3. Adli Dahalan 45:21s

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain