Nicol Pertahan Kejuaraan Kali Ketujuh

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Nicol Ann David berjaya mempertahankan reputasinya sebagai pemain nombor satu dunia apabila merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur 2011 bagi kali ketujuh di sini, Ahad.

Ratu skuasy negara itu hanya mengambil masa 34 minit untuk mengatasi pemain Ireland, Madeline Perry, pada perlawanan akhir di gelanggang kaca di Berjaya Times Square di sini.

Nicol sebelum ini mengungguli kejuaraan tersebut sebanyak enam kali pada 2000, 2002, 2005, 2007, 2008 dan 2010.

"Saya tahu perlawanan akhir tetap sukar. Saya pernah kalah sekali kepada Madeline dan tidak mahu keyakinan dia menguasai perlawanan. Saya perlu bekerja keras untuk menafikan rentak perlawanan dia," katanya.

Nicol, selaku pilihan utama kejohanan itu. Atas kejayaan itu, Nicol menerima hadiah wang tunai US$8,550 (RM26,107) dan trofi manakala Madeline pula membawa pulang wang tunai US$5,850 (RM17,862).

Nicol menerima trofi dari Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Selepas ini, Nicol akan mengambil bahagian pada kejohanan Terbuka Cayman Island dari 5 hingga 9 April ini sebelum menyambung latihan di bawah jurulatih Liz Irving di Amsterdam, Belanda.

Sementara itu, dalam acara lelaki, pilihan utama Karim Darwish dari Mesir merangkul gelaran pertama musim 2011 apabila menewaskan rakan senegara, Mohamed El Shorbagy 11-9, 11-9, 11-3 dalam masa 52 minit.

Pada kejohanan tahun lepas, Darwish, pemain nombor tiga dunia, kalah kepada Ramy Ashour pada perlawanan akhir.

"Ini adalah perlawanan terbaik saya di sini. Saya tidak pernah menjuarai sebarang kejohanan di sini," kata Darwish.

Darwish membawa pulang hadiah wang tunai US8,075 (RM24,657) manala Shorbagy pula menerima US$5,525 (RM16,870).-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan