Kerajaan Lakukan Pemantauan Ketat - Dr Ongkili

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SANDAKAN: Rakyat di negara ini tidak perlu bimbang mengenai kesan pencemaran radioaktif di negara ini ekoran insiden letupan loji tenaga nuklear di Fukushima, Jepun kerana kerajaan melakukan pemantauan dengan ketat.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata pemantauan itu dilakukan membabitkan alam sekitar, kemasukan pelancong dari luar negara dan kemasukan barang makanan dari lapangan terbang dan pelabuhan terutama dari Jepun.

"Tiada keraguan perlu ditimbulkan kerana tiada sebarang pencemaran radioaktif dikesan di negara kita sehingga hari ini dan jangan percaya kepada khabar-khabar angin yang tidak berasas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penanaman Tukun Tiruan Mesra Alam di sini, Ahad.

Beliau berkata Sistem Pemonitoran Radiologi Alam Sekitar (ERMS) di enam lokasi seluruh negara masih menunjukkan paras normal dan saringan yang dilakukan di pelabuhan membabitkan makanan dan kontena belum ada pencemaran bahan radioaktif dikesan.

Katanya sejak tiga hari lepas Kementerian Kesihatan sudah mengambil sampel-sampel makanan yang diimport dan keputusan sampel itu semuanya negatif.

"Rakyat diminta merujuk dan mengambil perhatian mengenai perkembangan pencemaran radioaktif di negara ini oleh kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan saya adalah jurucakap mereka," katanya.

Menurutnya Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), Agensi Nuklear Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan memantau secara aktif keadaan insiden nuklear di Jepun dan impaknya di negara ini.-BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan