Kang Bo Long Juara Terbuka Master

Diterbitkan: Ahad, 20 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pemain boling dari Johor Kang Bo Long membuat kejutan apabila menewaskan pemain elit dan skuad pelapis negara untuk muncul juara Kejohanan Boling Kebangsaan Malaysia Acara Masters Terbuka Lelaki ke-35 di Sunway Megalanes, Bandar Sunway di sini, Sabtu.

Dalam final acara step-ladder itu, Kang yang sebelum ini tidak begitu menyerlah dalam sukan boling, mempamerkan aksi cemerlang apabila mengenepikan salah seorang pemain elit, Adrian Ang dengan 213 jatuhan pin berbanding Adrian yang membuat 190 jatuhan pin, sebelum melangkah ke peringkat seterusnya untuk bertemu pemain pelapis negara, Yusuf Abdul Raof, dan menamatkan saingan dengan 244 jatuhan pin berbanding 191.

"Semasa bertemu dengan Adrian Ang, saya agak gemuruh sebab dia pemain negara namun saya ketepikan perasaan itu dan fokus kepada perlawanan itu. Saya harap kemenangan ini dapat melayakkan saya sebagai salah seorang atlet untuk mewakili skuad negara," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyampaian hadiah.

Dalam acara Masters Terbuka Wanita pula pemain elit negara, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi menepati ramalan apabila mengungguli acara itu namun dipaksa berhempas pulas menewaskan Dayang Khairuniza Dhiyana Abang Jamalidon yang juga pemain elit negara dengan 195 jatuhan pin berbanding 179.

Sementara itu Chong Jun Foo dari Sarawak menjuarai acara Terbuka Remaja Lelaki dengan mencatat 1,662 jatuhan pin menewaskan Khoo Beng Khai dari Pulau Pinang yang ketinggalan 36 jatuhan pin, dan Aris Ardila Santosoh dari Sarawak di tempat ketiga dengan 1,579 jatuhan pin.

Acara Terbuka Remaja Wanita pula diungguli pemain boling dari Pahang, Faten Najihah dengan 1,622 jatuhan pin diikuti Steffira Zeander Greater dari Sabah dengan 1,616 jatuhan pin dan Fatin Azmira dari Perak dengan 1,595 jatuhan pin.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan