suria

Pahang Mara Ke Perlawanan Separuh Akhir Piala FA

KUANTAN: Pahang mendahului pasukan lain yang layak ke perlawanan separuh akhir Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur dengan agregat 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darul Makmur di sini, malam Jumaat.

Skuad Tok Gajah mengikat Kuala Lumpur dengan keputusan seri tanpa jaringan dalam perlawanan malam ini, untuk menang dengan agregat 2-1 hasil perlawanan pertama Selasa lepas di stadium sama.

Separuh masa pertama kedua-dua pasukan saling berbalas serangan ke kubu lawan, dan pasukan muda bimbingan Dollah Salleh hampir memperolehi gol pada minit ke-64 dalam separuh masa kedua menerusi rembatan Mohd Faizol Hussin, namun rembatannya berjaya ditepis oleh penjaga gol Kuala Lumpur, Norazlan Razali.

Pahang dilihat menguasai perlawanan malam ini.

Dalam perlawanan suku akhir pertama, Pahang memperolehi gol hasil jaringan Famirul Asraf Sayuti dan Azamuddin Mohd Akil manakala gol Kuala Lumpur diperoleh menerusi jaringan Ahmad Azlan Zainal. - BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham, Spurs Seri 0-0

Artikel Berikut

Artikel Lain