suria

PSM Ambil Langkah Campur Tangan - Kata Ahmad Ismail

KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) membuat keputusan untuk campur tangan secara langsung dalam soal pengendalian pemain skuad kebangsaan bermula tahun ini.

Presidenya Datuk Ahmad Ismail berkata langkah tersebut adalah bagi memastikan semua pemain kebangsaan melakukan persiapan yang secukupnya sebelum mengikuti sebarang kejohanan.

Katanya sasaran PSM dan Majlis Sukan Negara (MSN) adalah untuk membentuk sebuah pasukan yang mantap menjelang tahun 2014.

"Bagi mencapai usaha tersebut PSM sebagai badan induk sukan sepak takraw di negara ini akan sentiasa turun padang bagi meninjau perkembangan semasa pemain dan skuad kebangsaan," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Beliau berkata pihaknya juga bercadang untuk meminta persetujuan MSN bagi menempatkan skuad elit lelaki yang menjalani latihan MSN, Bukit Jalil, berpindah ke Kompleks MSN di Taman Keramat di sini bersama skuad wanita kebangsan.

Ahmad berkata pejabat PSM juga bertempat di Kompleks MSN, Taman keramat dan langkah memindahkan skuad lelaki ke kompleks itu akan membolehkan pihaknya membuat pemantauan.

Katanya Jawatankuasa Pemilihan dan Kejurulatihan PSM telah memilih 17 pemain lelaki dan sembilan pemain wanita untuk mengisi kekosongan dalam skuad kebangsaan.

Beliau memberi amaran bahawa pemain yang terpilih itu akan digugurkan sekiranya tidak menunjukkan pencapaian yang baik.

Beliau berkata Kejohanan Piala Emas Khir Johari ke-48 di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak, dari 23 hingga 27 Mac ini akan dijadikan medan pemilihan bakat baru untuk skuad elit negara.

Senarai Skuad Elit Lelaki 2011 ------------------------------ Tekong 1.Noor Azman Abdul Hamid 2.Ahmad Sufi Mohammed Hisham 3.Muhammad Syazwan Husin 4.Muhammad Zulkifli Abdul Razak 5.Mohd Nasiruddin Manjur Ahmad 6.Tunku Noor Azwari Tunku Ishak Apit Kanan 1.Norshahruddin Mad Ghani 2.Mohd Helmi Ismail 3.Mohamad Fadzli Muhammad Roslan 4.Mohd Saifulnizam Mohamad 5.Mohd Azlan Abdul Mubin 6.Mohd Hanafiah Dolah Apit Kiri 1.Farhan Adam 2.Muhammad Faizul Hairy Osman 3.Mohd Syazreen Qamar Salehan 4.Mohamad Anuar Samsudin 5.Mohd Nazuha Mohd Nadzli 6.(belum di isi) Senarai Skuad Elit Wanita 2011 ------------------------------- Tekong 1.Nor Fairuz Azizan 2.Anis Nadia Jefri 3.Siti Zubaidah Che Ab Wahab

Apit Kanan 1.Nurrashidah Abdul Rashid 2.Nurul Shahera Mokhtar 3.Nurul Izzatul Hikmah Md Zulkifli Apit Kiri 1.Nor Farhana Ismail 2.Rahilah Harun 3.RazuliahMat Razi

- BERNAMA

Artikel Sebelum

West Ham, Spurs Seri 0-0

Artikel Berikut

Artikel Lain