Nasib Penyerang Perak Diputuskan Akhir Bulan Ini

Diterbitkan: Jumaat, 18 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Nasib penyerang utama pasukan Perak, Razali Umar Kandazamy akan diputuskan akhir bulan ini oleh Persatuan Bolasepak Perak (Pafa).

Presiden Pafa Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata mesyuarat pengurusan Pafa akan membincangkan kedudukan Razali dalam mesyuarat itu khususnya mengenai masalah disiplin pemain berkenaan.

Beliau berkata "kehilangan" Razali kini menjadi topik perbualan hangat para peminat skuad Seladang yang melahirkan rasa tidak puas hati kerana pemain pujaan mereka tidak diturunkan dalam kesebelasan utama saingan Liga Super dan Piala FA.

Zainol Padzi berkata pemain itu tidak disenaraikan dalam beberapa perlawanan sebelum ini disebabkan masalah disiplin.

"Kegagalan Razali untuk hadir dalam latihan harian menyebabkan dia tidak disenaraikan dalam pertemuan Liga Super menentang T-Team di Kuala Terengganu pada 12 Mac lalu.

"Keadaan itu berterusan sehingga pertemuan suku akhir pertama Piala FA menentang Terengganu pada 15 Mac lalu dan Razali terus menghilangkan diri," katanya.

Masalah disiplin pemain itu pernah menyebabkan Pafa memotong gajinya selama dua bulan apabila dia tidak menghadiri latihan selama tiga minggu tanpa sebarang alasan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan