suria

Chelsea Di Landasan Terbaik:Ancelotti

William Kvist dari Copenhagen cuba merampas bola daripada pemain Chelsea, Fernando Torres ketika pertemuan di Stamford Bridge.
William Kvist dari Copenhagen cuba merampas bola daripada pemain Chelsea, Fernando Torres ketika pertemuan di Stamford Bridge.
William Kvist dari Copenhagen cuba merampas bola daripada pemain Chelsea, Fernando Torres ketika pertemuan di Stamford Bridge.

LONDON: Carlo Ancelotti menegaskan Chelsea berada pada landasan terbaik untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara Eropah walaupun anak buahnya terpaksa bekerja keras untuk mematikan langkah Copenhagen dalam saingan 16 pasukan terakhir.

The Blues mara ke pusingan suku akhir dengan agregat kemenangan 2-0 meskipun seri tanpa jaringan pada pertembungan kedua di Stamford Bridge dengan pasukan dari Denmark itu awal pagi Khamis.

Pasukan itu mempunyai beberapa peluang untuk menyingkirkan Copenhagen lebih awal tetapi percubaan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya.

Copenhagen nyaris memecah kebuntuan menerusi sepakan percuma penyerang Dame N'Doye pada babak pertama tetapi sepakannya terkena palang.

Bagaimanapun, Chelsea kini terpaksa menunggu keputusan undian kelompok lapan pasukan terakhir yang akan diadakan pada Jumaat dan Ancelotti melihat tiada sebab mereka tidak boleh melangkah ke final di Wembley.

Mengakui penyudah Chelsea masih perlu diperbaiki, Ancelotti yakin juara Liga Perdana Inggeris itu sudah kembali menemui sentuhan berbisa selepas bergelut dengan prestasi hambar sebelum ini.

"Pemain sudah kembali cergas dan ia petanda baik buat kami. Saya percaya kami akan menang. Semua pemain berada pada tahap terbaik dan jika kami menunjukkan komitmen 100 peratus, kami akan ke final," kata Ancelotti.

Artikel Sebelum

West Ham, Spurs Seri 0-0

Artikel Berikut

Artikel Lain