suria

Inter Singkirkan Bayern

PENYANDANG juara Liga Juara-Juara (CL) tahun lalu, Inter Milan sekali lagi menundukkan Bayern Munich dalam perebutan kedudukan lapan kelompok terbaik pada perlawanan kalah mati awal pagi Rabu.

Jika tahun lalu, menyaksikan Inter menewaskan Bayern pada saingan akhir, namun nasib malang Bayern berterusan apabila gagal mara ke suku akhir setelah tewas 3-2 di Jerman.

Penyerang Inter, Eto’o membuka jaringan seawal minit ketiga perlawanan, namun Bayern berjaya mendahului keputusan apabila mengumpul dua gol pada separuh masa pertama melalui Mario Gomez (m-21) dan Thomas Muller (m-31).

Babak separuh masa kedua menyaksikan kebangkitan skuad kendalian Leornardo apabila berjaya menambah dua lagi jaringan Wesley Sneijder (m-63) dan gol kemenangan minit ke-88 yang dijaringkan oleh Goran Pandev.

Artikel Berikut

Artikel Lain