suria

Ferguson Puji Aksi Hernandez

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson memuji prestasi penyerangnya, Javier Hernander selepas berjaya menjaringkan dua gol kemenangan menundukkan Marseille sekali gus membawa pasukan ke suku akhir Liga Juara-Juara (CL).

Pada aksi awal pagi Rabu, Hernandez telah menjaringkan gol seawal minit kelima permainan, manakala gol kedua United diperolehi pada minit ke-75.

Penyerang antarabangsa Mexico itu menjaringkan satu gol setiap separuh masa prmainan, namun kedudukan agak goyang apabila Wes Brown melakukan kesilapan dengan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-85.

Ferguson berkata, dia gembira dengan prestasi yang ditunjukan oleh Hernandez biarpun pemain berumur 22 tahun itu masih lagi baru dalam skuad.

“Kami rasa sangat terkejut. Selepas membelinya, kami terfikir untuk memberinya masa bagi menyesuaikan diri dengan pasukan. Dia telah melakukan perubahan dengan baik, malah aksi 90 minit sepanjang perlawanan sangat memuaskan.

“Ini telah memberi kelebihan kepada pasukan ini kerana mempunyai penyerang utama, Wayne Rooney, Dimitar Berbatov dan Hernandez. Dengan kehadiran Hernandez ini, kami boleh melakukan banyak perubahan sekarang.

“Dia sangat bijak dalam melakukan pergerakan dan dia banyak menolong. Seperti yang kamu lihat dengan jaringan yang dilakukannya, pergerakan sungguh luar biasa. Manakala Rooney gembira dengan posisinya sekarang,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain