Azizul, Nicol Pertahan Gelaran

Diterbitkan: Rabu, 16 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Azizul (kanan) dan Nicol bergambar bersama trofi yang dimenangi, malam Selasa.
Azizul (kanan) dan Nicol bergambar bersama trofi yang dimenangi, malam Selasa.

KUALA LUMPUR: Jaguh berbasikal trek, Mohd Azizulhasni Awang dan ratu skuasy, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan dengan mempertahankan gelaran yang dimenangi tahun lalu apabila dinobatkan selaku Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2010, malam Selasa.

Kedua-dua anugerah tertinggi itu telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin pada Majlis Anugerah Sukan Negara 2010 yang berlangsung di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.

Azizulhasni mengetepikan pencabar terdekatnya, pemain badminton No.1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan jaguh bina badan negara, Sazali Abdul Samad serta empat calon lain iaitu penjaga gol hoki negara S. Kumar, pakar karate, R. Puvaneswaran, raja skuasy Mohd. Azlan Iskandar dan jaguh boling Alex Liew.

Atlet dari Dungun, Terengganu yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman itu muncul raja keirin No.1 dunia sepanjang tahun lalu selepas mengungguli juara keseluruhan siri Piala Dunia buat kali ketiga berturut-turut.

Meskipun dihantui mimpi ngeri apabil serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter tertusuk di betis kirinya, Azizulhasni menerima pujian seantero dunia selepas melepasi garisan penamat untuk mengesahkan kejuaraan itu dengan merangkul pingat gangsa pada Piala Dunia Trek di Manchester bulan lalu.

Azizulhasni turut mempertaruhkan kejayaan selaku pemenang pingat emas acara keirin dan pecut berpasukan pada Piala Trek Asia ACC di Jepun, Jun 2010.

Sepanjang tahun lalu, beliau juga memenangi pingat emas pada Sukan Asia di Guangzhou, China selepas kemenangannya di Sukan Komanwel, New Delhi dibatalkan sekaligus memberi laluan kepada rakan senegara, Josiah Ng untuk muncul juara.

Nicol turut mencipta sejarah tersendiri apabila melengkapkan gelaran Olahragawati Kebangsaan buat kali kelapan selepas menundukkan Pandelela Rinong (terjun), Elaine Koon (gimnastik), Nur Suryani Taibi (menembak), Chai Fong Ying (wusyu) dan Lim Lee Lee (karate-do).

Atlet berusia 28 tahun itu mengekalkan dominasi di pentas skuasy dunia selama 55 bulan dan membolehkannya dinobatkan selaku pemain terbaik WISPA buat kali kelima berturut-turut tahun lalu.

Antara kejayaan yang berjaya dirangkul anak jati Pulau Mutiara itu sepanjang tahun lalu termasuk Terbuka Chennai, Terbuka Cayman Island, Terbuka Malaysia CIMB, Terbuka Kuala Lumpur CIMB, Terbuka Hong Kong Cathay Pacific, Master Wanita Singapura CIMB dan Qatar Classic.

Beliau turut membantu negara meraih pingat emas dalam acara individu dan berpasukan pada Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Nicol pernah menerima anugerah itu pada 1999, 2003, 2005, 2006, 2007, 2008 dan 2009.

Azizulhasni dan Nicol membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000 setiap seorang.

Sementara itu, kejayaan melangkah ke pusingan final buat kali pertama pada Sukan Asia 2010 melayakkan skuad hoki lelaki negara ditabal sebagai pasukan lelaki kebangsaan manakala jurulatih Stephen Van Huizen dan Tai Beng Hai menerima anugerah jurulatih lelaki kebangsaan.

Kejayaan melengkapkan pingat emas kesembilan pada Sukan Asia membuka peluang kepada skuad skuasy untuk memenangi kategori pasukan wanita kebangsaan.

Kategori Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan turut diungguli Zul Amirul Sidi Abdullah (renang) dan Nabilah Ahmat Sharif (badminton) manakala anugerah kepimpinan sukan berpihak kepada Prof.Datuk Ar. W.Y Chin (snuker dan billiard).

Lagenda badminton, Datuk Lim Teong Kiat dan Datuk Nashatar Singh Sidhu (olahraga) merangkul anugerah khas.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan