Pelumba Malaysia Pamer Prestasi Lebih Baik - Naim

Diterbitkan: Selasa, 15 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NILAI: Prestasi pelumba lebuh raya negara telah meningkat seperti yang terbukti pada perlumbaan berbasikal Jelajah Malaysia 2011 (JM2011) yang melabuhkan tirainya di sini, Ahad.

Ketua Pegawai Operasi JM2011, Datuk Naim Mohamed berkata, pelumba negara telah mempamerkan peningkatan prestasi walaupun Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) sebelum ini memberi perhatian kepada acara trek.

Pada perlumbaan JM2011, pelumba negara mendominasi dua daripada empat jersi utama dengan pelumba pasukan Terengganu Pro-Asia Cycling Team (TSG), Mohd Hariff Salleh, mengekalkan jersi Hijau selaku 'Raja Pecut' dalam kesemua enam peringkat saingan.

Manakala pelumba kebangsaan Muhammad Adiq Hussainie Othman pula merampas jersi Merah (Raja Bukit) pada peringkat terakhir.

Naim, yang juga Naib Presiden PKBM, berkata pencapaian pelumba tempatan adalah petanda baik mengenai kemajuan program pembangunan acara lebuh raya.

"Perlumbaan Jelajah Malaysia perlu diteruskan kerana saya percaya pelumba tempatan akan lebih menyerlah dan lebih ramai bakat baru dapat digilap," katanya.

Menurutnya, daripada 62 pelumba Malaysia yang mengambil bahagian pada edisi kali ini, hanya 21 pelumba gagal menamatkan saingan mereka.

Selain itu, katanya, walaupun penganjuran JM2011 boleh dikatakan sederhana dengan kekangan kewangan tetapi ia berjaya menarik penyertaan yang tertinggi dalam sejarah penganjurannya.

"Pada awalnya kita (PKBM) agak kuatir kita tidak berupaya untuk meneruskan kesinambungan penganjuran Jelajah Malaysia sebab kekurangan penajaan. Namun perjalanan perlumbaan masih tetap dapat diteruskan dengan baik," kata Naim.

Perlumbaan jelajah berbasikal tertua itu menarik penyertaan 30 pasukan yang merupakan pertambahan 10 pasukan berbanding tahun lepas.

Mengenai rungutan pelumba mengenai hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM180,000, Naim berkata PKBM akan meningkatkan jumlah hadiah wang tunai itu jika pelumba Malaysia mampu membuktikan mereka setanding pelumba pasukan luar negara.

Menurutnya, kriteria hadiah wang tunai itu bukan keutamaan dan tumpuan perlumbaan dikhususkan kepada aspek penganjuran, penyediaan kemudahan, penginapan, logistik dan keperluan teknikal. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan