suria

Ferguson Pandang Serius Pertemuan Menentang Arsenal

PENGURUS Manchester United, Sir Alex Ferguson menegaskan bahawa pasukan Arsenal tidak boleh dipandang mudah dalam perebutan gelaran musim ini selain daripada Chelsea, Tottenham Hotspur dan Manchester City.

Ferguson yang pertama kali membuat kenyataan selepas pasukan kalah 3-1 kepada Liverpool minggu lalu berkata, pasukan Arsene Wenger mempunyai persaingan tersendiri antara mereka selepas masing-masing menyasarkan gelaran juara liga musim ini.

“Musim lalu aksi Arsenal mula bangkit pada bulan Februari dan Mac meninggalkan kami dan juga pasukan Chelsea, namun tercicir selepas perbezaan mata.

“Saya dapat rasakan keadaan itu akan sama dengan musim ini, selain turut menerima cabaran dari pasukan Spurs dan Man City yang menyaksikan perebutan kedudukan semakin sengit.

“Tetapi Arsene Wenger telah melakukan percaturan baru untuk bangkit dan masih kekal di tangga kedua liga. Secara jelasnya, keadaan ini amat bahaya bagi pasukan kami. Dan saya pasti mereka mengharapkan kemenangan pada pertemuan nanti,” katanya.

Sementara itu, United bakal bertemu Arsenal bagi perlawanan pusingan suku akhir Piala FA Inggeris pada Ahad ini, jam 1.10 pagi (siaran langsung Astro 813).

Artikel Lain