Trofi Liga Juara-Juara Di Pavilion - Sukan | mStar

Trofi Liga Juara-Juara Di Pavilion

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KEHANGATAN Liga Juara-Juara (CL) semakin terasa apabila persaingan merebut kelompok lapan terbaik untuk mara ke pusingan suku akhir telah bermula dan pastinya seluruh peminat dunia mula mencongak kemenangan ke atas pasukan pilihan masing-masing.

Biarpun pusingan akhir masih lagi berbaki dua bulan (28 Mei) yang akan berlangsung di London, kemeriahannya sudah mula dirasai, termasuk peminat-peminat di Malaysia, lebih-lebih lagi kini berlangsungnya program Jelajah Trofi Liga Juara-Juara 2011 di Kuala Lumpur.

Bagi program jelajah Asia kali ini, Malaysia menjadi lokasi pertama persinggahan trofi seberat 7.5 kilogram ini, dan jelajah diteruskan ke Thailand, Korea Selatan dan Hong Kong.

Selepas Sunway Pyramid dan Gurney Plaza (Pulau Pinang) menjadi lokasi pameran trofi ini diadakan, peminat-peminat sekali lagi berpeluang bergambar dan dan melihat lebih dekat lagi trofi kebanggaan ini apabila bakal di pamerkan di Centre Court, Level 2, Pavilion Kuala Lumpur bermula 11.30 pagi hingga 8.30 malam, 11 dan 12 Mac ini.

Siri jelajah ini merupakan kali kedua diterbangkan ke Malaysia selepas tahun 2007.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan