Redknapp Bawa Spurs Ke Suku AKhir CL

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pemain AC Milan, Thiago Silva (kiri) dan Robinho kecewa selepas pasukannya ditewaskan Spurs secara agregat pada saingan kalah mati Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.
Pemain AC Milan, Thiago Silva (kiri) dan Robinho kecewa selepas pasukannya ditewaskan Spurs secara agregat pada saingan kalah mati Liga Juara-Juara, awal pagi Khamis.

PENGURUS Tottenham Hotspur, Harry Redknapp mencipta sejarah pasukan apabila berjaya melangkah kaki ke saingan suku akhir selepas meraih seri 0-0 sekali gus mengetepikan AC Milan secara agregat (1-0) pada saingan kalah mati Liga Juara-Juara (CL) yang berlangsung awal pagi Khamis.

Kemenangan ini menjadikan Spurs pasukan Inggeris pertama yang layak berada dalam kelompok lapan teratas selepas Arsenal gagal meraih peluang ini setelah ditundukkan Barcelona pada Rabu.

Spurs yang menang tipis 1-0 hasil jaringan lewat Peter Crouch pada perlawanan pertama di San Siro baru-baru ini mempamerkan permainan lebih berhati-hati menyambut kehadiran lawan dan lebih kepada taktik bertahan bagi memastikan tiket ke suku akhir berada digenggaman.

Kejayaan ini juga merupakan pencapaian terbaik Spurs selepas 59 tahun dan kali terakhir beraksi di peringkat Eropah ialah pada tahun 1962 pada pusingan separuh akhir Piala European.

“Ia adalah pencapaian terbaik kelab selepas beraksi dalam CL buat kali pertama dalam sejarah pasukan ini.

"Kami menewaskan Inter Milan pada saingan peringkat kumpulan dan sekarang kami turut menundukkan AC Milan. Saya gembira kerana kemenangan ini adalah bonus buat kami semua.

“Dua tahun lalu tiada siapa yang percaya kami boleh mencapai kedudukan ini, dan kini kami telah membuktikannya,” kata Redknapp.

Sementara itu, jurulatih Milan, Massimiliano Allegri begitu kecewa dengan penyingkiran pasukannya itu.

“Saya fikir pasukan saya telah bermain dengan baik, kami mencipta banyak peluang serta telah bekerja keras. Hanya satu kesilapan besar yang telah berlaku adalah, kami gagal menjaringkan gol dan inilah padahnya.

“Saya rasa kami memang layak untuk menang kerana kami menguasai separuh masa pertama.

"Selepas ini kami akan memberi fokus untuk meraih gelaran juara dalam Serie A,” katanya.

Sementara itu, Allegri turut mempertahankan pemainnya, Zlatan Ibrahimovic yang dikritik oleh segelintir wartawan sukan Itali dengan mendakwa dia adalah pemain paling teruk dalam pasukan itu.

“Dia adalah pemain yang bagus dan telah bermain dengan baik hari ini. Dia juga berperanan membuat pasukan ini untuk bekerja keras,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan