Malaysia Layak Ke Pusingan Kedua Kelayakan Olimpik 2012

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia mara ke pusingan kedua Kelayakan Olimpik 2012 walaupun seri tanpa jaringan 0-0 menentang Pakistan pada perlawanan kedua, pusingan pertama yang berlangsung di Stadium Punjab, Lahore, Pakistan lewat malam Rabu.

Terikat seri tanpa jaringan bagaimanapun membolehkan Malaysia mara ke pusingan kedua dengan kelebihan agregat 2-0.

Pada 23 Februari lepas, skuad anak buah Ong Kim Swee membawa bekal 2-0 apabila menewaskan Pakistan pada perlawanan pertama, pusingan pertama di Stadium Shah Alam.

Lawan Malaysia pada pusingan kedua akan ditentukan kemudian melalui undian pada 30 Mac ini di Rumah Persekutuan Bolasepak Asia (AFC), Bukit Jalil dan perlawanan kalah mati tersebut akan berlangsung pada 19 dan 23 Jun depan.

Pada pusingan kedua, 13 negara yang menduduki kedudukan tertinggi Asia akan beraksi bersama 11 negara yang menang dari pusingan pertama dan 12 pemenang dari pusingan kedua akan dibahagikan kepada tiga kumpulan dan akan bermain enam perlawanan bermula 21 September depan hingga 14 Mac 2012.

Pasukan yang menduduki tangga teratas dari setiap kumpulan secara automatiknya layak ke temasya itu di London.

Skuad bolasepak kebangsaan pertama kali layak ke pusingan akhir temasya sukan terbesar dunia itu pada Sukan Olimpik Munich, Jerman pada 1972 dan kali terakhir pada Sukan Olimpik Moscow pada 1980.

Malaysia bagaimanapun tidak beraksi di Moscow kerana membantah pencerobohan Soviet Union ke atas Afghanistan pada ketika itu. Pada kelayakan Olimpik Beijing 2007, Malaysia berada di tempat ketiga di belakang Syria dan Jepun dalam saingan peringkat kumpulan.-BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan