Impian Siti Shakirah Jadi Kenyataan

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Walaupun baru berusia 17 tahun dan tidak memiliki lesen memandu, impian Siti Shakirah Shaharul untuk berlumba pada acara perlumbaan bertaraf antarabangsa menjadi kenyataan apabila diberi peluang beraksi pada Grand Prix Formula 1 (F1) Malaysia Petronas bulan depan.

Siti Shakirah dan Mark Darwin, 20, yang terpilih sebagai pemandu muda Red Bull untuk Malaysia, akan memandu Satria Neo pada pusingan pembukaan Siri Super Malaysia(MSS), yang diperkenalkan sebagai acara sokongan perlumbaan F1.

Lepasan akademi perlumbaan PETRONAS Formula Xperience (PFX), Siti Shakirah Shaharul dan Darwin akan menyertai Perlumbaan 1,000 Kilometer Sepang (S1K) di Litar Sepang akhir tahun ini.

"Sudah tentulah ini berbeza sama sekali dengan semua perlumbaan go-kart yang pernah saya sertai sebelum ini. Ia adalah perlumbaan kereta yang disertai ramai pemandu terkemuka Malaysia.

"Perkara yang menjadi impian saya selama ini sudah menjadi kenyataan dan cabaran ini memang saya nanti-nantikan sejak dulu lagi," kata Siti dalam kenyataan yang dikeluarkan Sepang International Circuit di sini pada Rabu. Siti, yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada akhir tahun ini seterusnya berkata: "Saya memang bercita-cita untuk menjadi pemandu FI, sebab itulah saya menyertai PFX tahun lepas. Memanglah saya tidak memandu dalam perlumbaan F1, tapi saya akan berlumba di trek yang sama dengan para pemandu F1 pada April."

Untuk tidak menjejaskan persiapannya menghadapi SPM, ibu bapa Siti mengehadkan kegiatan perlumbaannya, tetapi membenarkan remaja ini menyertai program Pemandu Muda Red Bull - program pencarian dua pemandu berusia bawah 21 tahun di seluruh negara dan dua lagi dari Singapura serta Brunei untuk berlumba pada S1K Disember ini.

Dua tempat lagi dalam pasukan Red Bull Rookie Racing yang akan menyertai S1K itu menjadi rebutan antara Farhana Jaidin dan Norfazilah Abdul Salam dari Brunei serta enam pemandu wanita dari Singapura - Kuek Zi Yi, Amanda Chan, Emmiline Ang, Melissa Huang, Suzanne Chu dan Amirah Mokhtar.

Siti diperkenalkan kepada jentera go-kart ketika berusia empat tahun dan mula berlumba sejak berusia sembilan tahun sebelum menyertai Kejuaraan Terbuka Asia Karting ketika berusia 11 tahun.-BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan