Harap Pemain Muda Kekal Momentum: Ahmad Shabery

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengharapkan pasukan Olimpik negara dapat mengekalkan momentum permainan pada perlawanan timbal balik menentang pasukan Olimpik Pakistan yang bakal berlangsung di Lahore, Pakistan pada Rabu.

Ahmad Shabery berkata, selepas kemenangan pasukan negara pada Piala Suzuki AFF Disember lalu, sukan bola sepak kini telah menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia dan dengan itu ia menjadi harapan harapan besar untuk terus melihat pasukan negara cemerlang di peringkat tertinggi.

“Saya harap mereka dapat menunjukkan permainan yang lebih baik daripada sebelum ini dan saya percaya seluruh peminat sukan bola sepak tanah air amat mengharapkan kemenangan ini. Mereka perlu bermain sepenuh hati dan mengambil peluang ini sebaik-baiknya.

“Apa yang penting ialah mereka perlu mencari gol awal dan tidak membiarkan pasukan tuan rumah menguasai permainan,” katanya kepada kepada pemberita selepas melancarkan Grand Prix Formula Satu pada Selasa.

Sementara itu, beliau turut berkata, jika pasukan negara terus menang, pastinya kedudukan ranking dunia semakin baik.

“Ia amat penting kerana kini kedudukan Malaysia bukanlah berada dalam keadaan yang baik. Saya percaya kalau menang nama Malaysia akan berada dalam keadaan yang lebih baik,” katanya.

Skuad Olimpik negara bertandang ke Lahore bagi mengaharungi saingan kedua menentang Pakistan selepas menang 2-0 pada saingan pertama di Shah Alam bulan lalu.

Perlawanan akan berlangsung pada jam 11 malam ini.

Barisan pemain-pemain negara dibarisi oleh Khairul Fahmi Che Mat,Ahmad Shakir Ali, Faizal Abu Bakar, Mohd Fakri B Shaarani, Gurusamy Govandar A/l Kandasamy, Mahali Jasuli, Mohamad Muslim Ahmadh, Mohd Affize Faizal Faisal Mamat, Nazirul Naim Che Hashim, Sivanesan A/l Shanmugam, Mohd Irfan Fazail, Thamil Arasu Ambumamee, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria, Muhammad Zamir Selamat, Mohammad Fadhli Mohd Shas, Gary Steven A/l Robbat, Mohd Fandi Othman, Syarul Azwari Ibrahim.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan