Barcelona Mara Ke Suku Akhir Tewaskan Arsenal

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Van Persie (kanan) diarah keluar padang oleh pengadil dari Switzerland, Massimo Busacca.
Van Persie (kanan) diarah keluar padang oleh pengadil dari Switzerland, Massimo Busacca.

PASUKAN Barcelona mengesahkan tiket ke suku akhir selepas menewaskan Arsenal 3-1 (agregat 4-3) pada pusingan kalah mati Liga Juara-Juara (CL) yang berlangsung pada malam Selasa.

Penyerang sensasi Barca, Lionel Messi telah menjaringkan dua gol pada minit ke-45 dan 70 (penalti) manakala gol ketiga dijaringkan oleh Xavi selepas penyerang Arsenal, Robin van Persie diarah keluar padang setelah menempah dua kad kuning.

Manakala gol sagu hati The Gunners dijaringkan oleh pemain pertahanan Barca, Sergio Busquets pada minit ke-53 selepas silap percaturan dengan menandukkan bola ke gol sendiri.

Sementara itu, pengurus Arsenal, Arsene Wenger agak kecewa dengan keputusan pengadil apabila melayangkan kad kuning kepada van Persie kerana melanggar arahan penjaga garisan.

“Saya ada bersemuka dengan pengadil selepas perlawanan dan memberitahu apa yang difikirkan selepas memberi kad kuning itu.

"Saya raya sesiapa yang sayangkan Arsenal, mereka akan kecewa dengan tindakan ini. Jika kamu bermain bola sepak, kamu tidak akan faham apa yang dilakukan pengadil. Ia amat sukar.

“Pun begitu, saya setuju mengatakan Barcelona amat bagus dan layak menang dengan cara yang normal dan di sini juga kami ingin melihat kemenangan dengan cara yang normal,” katanya.

Selain itu, van Persie berkata, Arsenal seperti telah dikhianati.

“Bagaimana saya boleh dengar bunyi wisel dalam keadaan 95,000 penonton yang bising? Tolong jelaskan keadaan ini.Saya rasakan pasukan ini telah dikhianati selepas kedudukan kami terikat 1-1,” katanya.

Van Persie dilayangkan kad kuning kedua selepas dikatakan gagal mendengar arahan pengadil dan terus menjaringkan gol dalam posisi off side.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan