suria

Benzema Kembali Temui Sentuhan Berbisa

Benzema menjaringkan dua gol untuk Real.
Benzema menjaringkan dua gol untuk Real.
Benzema menjaringkan dua gol untuk Real.

MADRID: Karim Benzema dan Mesut Ozil membuktikan Real Madrid masih berbisa walaupun tanpa kehadiran Cristiano Ronaldo dengan mempamerkan persembahan bertenaga untuk menundukkan Racing Santander pada Ahad.

Pemain kebangsaan Portugal itu terlepas perlawanan pertamanya kerana mengalami kekejangan otot sehingga menyebabkan Jose Mourinho terpaksa merehatnya. Ronaldo menjaringkan 27 gol dalam saingan La Liga musim ini.

Penyerang Perancis, Benzema yang masih tercari-cari sentuhan berbisa selepas berhijrah dari Olympique Lyon yang menjaringkan keseluruhan enam gol dalam lima perlawanan selepas meledak dua gol ketika Real mencatat kemenangan 3-1.

"Dia pemain berbakat dan semakin matang. Dia masih baru di sini dan bukan mudah untuk semua pemain menyesuaikan diri dengan cepat. Kami tahu dia akan menunjukkan peningkatan dari hari ke hari," kata Ketua Pengarah Real, Jorge Valdano.

Kegagalan pemain berusia 23 tahun itu memberi impak positif antara punca Real membawa masuk Emmanuel Adebayor yang meletakkan Real di depan seawal minit ke-23 secara pinjaman pada Januari.

Ia dilakukan bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Gonzalo Higuain akibat kecederaan. Namun, Benzema sudah kembali menemui sentuhan berbisanya.

Sejak ketibaan Adebayor dari Manchester City, Benzema sentiasa berusaha untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan ia dibuktikan menerusi dua gol berharganya ketika menundukkan Racing.

Artikel Berikut

Artikel Lain