Pandelela Dinobat Atlet Terbaik Anugerah SAM-100 Plus 2010

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Atlet terjun kebangsaan, Pandelela Rinong Pamg diumumkan sebagai penerima Anugerah Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM)-100Plus.

Beliau mengenepikan saingan beberapa atlet tersohor negara seperti Datuk Nicol Ann David (skuasy), Datuk Lee Chong Wei (badminton), Mohd Azizulhasni Awang (berbasikal) dan Nur Suryani Taibi (menembak), yang turut disenaraikan, bagi memenangi anugerah itu.

Beliau membawa pulang sebuah trofi dan hadiah wang tunai RM10,000 yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

"Saya tidak sangka nama saya diumumkan sebagai penerima anugerah ini kerana saingan untuk anugerah ini semuanya atlet yang hebat-hebat belaka, dan kemenangan ini akan saya jadikan motivasi untuk meningkatkan prestasi saya," kata penerjun dari Kuching, Sarawak, yang baru menyambut ulang tahun ke-18, Rabu lepas.

Beliau kini sedang menjalani latihan di Majlis Sukan Negara (MSN) bagi menghadapi Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-14 di Shanghai, China, Julai depan dan beberapa pertandingan Siri Dunia di Rusia, China, England dan Mexico.

"Tumpuan saya semestinya Kejohanan Dunia di Shanghai kerana ia adalah kejohanan kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012. Semua pertandingan yang saya sertai adalah penting," kata gadis berketurunan Bidayuh itu.

Pada Kejohanan Akuatik Dunia FINA ke-14 di Shanghai, China itu, 12 penerjun yang melangkah ke peringkat akhir akan berpeluang beraksi di Sukan Olimpik London.

Pada penampilan pertama beliau pada Sukan Olimpik Beijing pada 2008, Pandelela Rinong yang kurang berpengalaman hanya sekadar mampu menamatkan saingan di tempat ke-27, dan kemudian menyerlah pada 2010 dengan meraih dua pingat perak pada temasya sulung Sukan Olimpik Remaja di Singapura.

Beliau kemudian mencipta sejarah buat Malaysia apabila meraih pingat emas dalam acara terjun 10m platform serta memenangi pingat perak dalam acara 10m platform serentak wanita di Sukan Komanwel, New Delhi, India tahun lepas.

Semasa di Asia Guangzhou pula, beliau meraih pingat perak dalam acara 10m platform serentak dan pingat gangsa dalam acara 10m platfrom individu.

Sementara itu, atlet wushu negara Yeap Wai Kin dipilih sebagai penerima Anugerah Atlet Harapan 2010, manakala Datuk Lee Chong Wei menerima Anugerah Khas daripada Persatuan Sukan Kebangsaan.

Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 tahun yang memenangi Piala AFF-Suzuki telah menerima Anugerah 'Out Do Yourself 100Plus'.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan