suria

Mourinho Nyaris Ditikam

JURULATIH Real Madrid, Jose Mourinho (gambar) terlepas daripada ditikam oleh individu yang tidak di kenali, namun pengawal keselamatan pasukan dilaporkan tercedera dalam insiden itu.

Selepas tiba di Lapangan Terbang La Caruna pada Jumaat (semalam), Mourinho diserang ketika sedang melayan peminat-peminatnya, namun sempat diselamatkan oleh pengawal keselamatan yang terkena tikaman kecil.

Namun sebelum itu, pengawal keselamatan ini tidak menyedari ditikam sehinggalah berasa sakit ketika berada di atas bas pasukan.

Bagaimana pun tindakan penyerang itu berjaya dirakam di kamera litar dan polis masih memburu suspek itu.

Insiden ini tersebar selepas stesen radio, Cadena Ser melaporkan kejadian ini dan turut menyatakan tahap keselamatan akan ditingkatan menjelang perlawanan menentang Racing Santander Ahad ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain