Juara Bertahan NS dan Naib Juara Kedah Tersingkir Dari Saingan Piala FA - Sukan | mStar

Juara Bertahan NS dan Naib Juara Kedah Tersingkir Dari Saingan Piala FA

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Juara bertahan Negeri Sembilan tersingkir daripada saingan Piala FA musim ini selepas tewas 2-4 kepada Kuala Lumpur menerusi sepakan penalti pada perlawanan pusingan kedua malam Jumaat.

Pada perlawanan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan selepas bermain 120 minit sebelum memaksa pasukan ke suku akhir ditentukan menerusi sepakan penalti.

Selain Kuala Lumpur, pasukan Kelantan dan Selangor pula menepati ramalan untuk mara ke suku akhir selepas menang perlawanan pusingan kedua masing-masing.

Turut mengiringi tiga pasukan itu ialah Pahang, Perak, Terengganu dan Felda United.

Naib juara Piala FA musim lepas, Kedah, turut mengalami nasib malang apabila dikejutkan oleh Felda United 1-0, hasil jaringan Hasmarul Fadzir pada minit ke-81 di Stadium Darul Aman, Alor Setar.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Johor, Kelantan menang tipis 1-0 ke atas Johor FC menerusi jaringan Mohd Badhri pada minit kesembilan.

Di Stadium Shah Alam, juara bertahan Liga Super, Selangor, menjinakkan Harimau Muda B 2-1.

Pasukan 'The Red Giants' terlebih dahulu membuka jaringan hasil sepakan penalti yang disempurnakan oleh Razman Roslan pada minit ke-34 setelah Mohd Fitri Shazwan Raduwan dijatuhkan oleh barisan pertahanan Harimau Muda B dalam kotak penalti.

Selang empat minit kemudian, Mohd Amirulhadi Zainal menambah lagi tekanan pasukan bawah 19 tahun kebangsaan itu apabila berjaya mencuri peluang dengan membuat sepakan lerek melepasi penjaga gol pelawat, Mohd Farhan Abu Bakar.

Bagaimanapun Harimau Muda B bangkit mencari gol saguhati menerusi ketua pasukan D.

Saarvindran pada minit ke-67 akibat kelekaan pertahanan Selangor yang ghairah menyerang ke kubu lawan. Di Stadium majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya, Pahang menewaskan Kelab PKNS Selangor 3-1.

PKNS mendahului kedudukan 1-0 pada babak pertama menerusi jaringan Ahmad Shahril Zakaria pada minit ke-32.

Bagaimanapun, Pahang bangkit pada babak kedua menerusi jaringan Mohd Fazli Baharudin pada minit ke-48 sebelum Famirul Asraf Sayuti menambah dua lagi gol pada minit ke-54 dan 87.

Di Sadium Selayang, Terengganu menang 3-2 ke atas pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Di Stadium Perak, Ipoh, Perak mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas pasukan kelab Kuala Lumpur, Sime Darby.

Perak memperoleh gol menerusi jaringan Md Noor Hazrul pada minit ke-81, Razali Umar Kandasamy (83) dan Akmal Rizal Rakhli pada minit ke-89. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan