Sukan Berbasikal Tunjuk Peningkatan Ketara: Ahmad Shabery

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ahmad Shabery (berdiri, tengah) bersama barisan pelumba Jelajah Malaysia 2011 selepas upacara penyerahan tajaan acara itu di Naza Auto Mall, Petaling Jaya pada Selasa. Turut serta Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Datuk Faisal Sm Nasimuddin (berdiri, dua, kiri). SAM THAM/THE STAR
Ahmad Shabery (berdiri, tengah) bersama barisan pelumba Jelajah Malaysia 2011 selepas upacara penyerahan tajaan acara itu di Naza Auto Mall, Petaling Jaya pada Selasa. Turut serta Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza Datuk Faisal Sm Nasimuddin (berdiri, dua, kiri). SAM THAM/THE STAR

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, sukan berbasikal menunjukkan peningkatan paling ketara berbanding sukan lain di Malaysia berdasarkan rekod kejayaan yang dilakar atlet dalam sukan itu selama ini.

"Kita tidak tahu bagaimana pertumbuhan sukan diukur tetapi dalam konteks pandangan saya, sukan berbasikal menunjukkan peningkatan paling cepat di negara ini," katanya selepas melancarkan kenderaan rasmi, Chevrolet Captiva tajaan Kumpulan Naja bagi media massa sempena Jelajah 1 Malaysia 2011 di Naza Auto Mall, di sini pada Selasa.

Peningkatan ketara itu terbukti apabila sukan berbasikal berjaya menarik penglibatan sejumlah besar atlet dan melahirkan atlet berprestasi tinggi di rantau ini mahupun peringkat Asia.

"Atlet berbasikal negara masih yang terbaik di Asia di samping Jepun dan Korea. Dalam tempoh singkat, kita berjaya melahirkan atlet cemerlang bukan saja dalam acara trek tetapi juga lebuh raya. Jadi, kami sentiasa menggalakkan penyertaan yang lebih ramai dalam sukan itu," jelasnya.

Dalam Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC) 2011 di Korat, Thailand bulan lalu, skuad berbasikal negara berjaya membawa pulang 15 pingat yang terdiri daripada dua emas, tujuh perak dan enam gangsa.

Sementara itu, Malaysia mencatatkan penyertaan tertinggi apabila seramai 15 atlet negara akan mengisi slot pada Kejohanan Berbasikal Dunia yang akan berlangsung di Apeldoorn, Belanda pada 23 hingga 27 Mac ini.

Menurut Ahmad Shabery, kewujudan banyak kelab berbasikal di setiap negeri membuktikan sukan yang dahulunya lebih bersifat rekreasi sudah mula diterima segenap lapisan masyarakat.

"Kita dapat lihat hampir setiap negeri ada kelab berbasikal masing-masing. Di Terengganu khususnya, kelab berbasikal kebanyakannya disertai oleh pelumba yang bermula dengan basikal nyamuk," ujarnya.

Pada majlis pelancaran itu, Kumpulan Naza turut menaja jersi Asia yang akan disarungkan kepada pelumba terbaik Asia pada kejohanan lumba basikal Jelajah 1 Malaysia tahun ini.

Sempena edisi ke-47 penganjuran kejohanan itu, 54 buah kereta jenis pacuan empat roda, Chevrolet Captiva akan digunakan petugas media tempatan dan antarabangsa untuk memudahkan mereka membuat liputan sepanjang perlumbaan enam hari itu.

Malah, Kumpulan Naza juga akan meminjamkan 55 unit motosikal Harley Davidson dengan keupayaan enjin 883 hingga 1,200 cc yang akan dilepaskan 30 minit sebelum perlumbaan setiap peringkat bermula.

Perlumbaan bertaraf 2.2 itu merangkumi laluan dari Selangor, Pahang, Johor dan Negeri Sembilan sejauh 1,015 kilometer pada 8 hingga 16 Mac ini.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan