Mungkin Hantar Atlet Pelapis Ke Sukan SEA:MSN

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) bercadang untuk menghantar atlet pelapis dan pembangunan untuk menyertai Sukan SEA Ke-26 di Indonesia dari 11 hingga 25 November ini.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong berkata keputusan tersebut mungkin dibuat selepas pihak penganjur menolak rayuan Malaysia dan negara lain seperti Singapura dan Laos untuk menyenaraikan beberapa acara utama termasuk biliard dan snuker serta bola sepak wanita.

Beliau berkata tindakan pengguguran beberapa acara yang menjadi kekuatan Malaysia menyebabkan negara kehilangan sandaran banyak pingat emas.

"Buat apa kita menghabiskan masa dan peruntukan kewangan yang besar untuk menghantar atlet elit sedangkan ianya tidak mendatangkan faedah yang besar kepada mereka.

"Oleh yang demikian lebih baik jika kita hantar atlet pelapis dan pembangunan ke sana bagi tujuan pendedahan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ke-40 penubuhan MSN di Bukit Jalil, Selasa.

Beliau berkata pihak penganjur tidak sepatutnya mementingkan diri dengan menyenaraikan acara yang boleh mereka kuasai dan menggugurkan acara wajib temasya tersebut.

"Penyertan Sukan SEA hanya melibatkan jumlah negara yang kecil berbanding dengan kejohanan lain. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku kerana ianya akan menjejaskan program pembangunan atlet di rantau ini," katanya.

Jumaat lepas, mesyuarat Persekutuan Sukan SEA (SGF) di Bali memutuskan untuk menolak rayuan Malaysia agar penganjur menyenaraikan kembali 60 acara yang sebelum ini digugurkan.

Zolkples berkata sebagai contoh, Indonesia hanya menawarkan satu acara bagi berbasikal trek dan sebaliknya memperbanyakkan acara lebuh raya yang menjadi kekuatan pelumba negara tersebut.

Beliau bagaimanapun berkata Malaysia akan tetap menghantar atlet elit bagi sukan tertentu yang tidak mempunyai pertandingan kompetitif tahun ini.

Katanya sebilangan besar daripada atlet elit negara akan memberi tumpuan kepada kejohanan yang melibatkan kelayakan ke Sukan Olimpik London 2012.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan