1,000 Orang Dijangka Sertai Larian Perpaduan 2011 Pada 20 Mac Ini

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Majlis Perundingan Muhibah Pulau Pinang (MPMPP) akan menganjurkan Larian Perpaduan 2011 bagi menggalakkan aktiviti kecergasan dan mengeratkan silaturrahim antara kaum pada 20 Mac ini di Dewan Bandaraya, Padang Kota Lama di sini.

Pengerusi MPMPP Datuk Seri Mohd Yussof Latiff berkata larian anjuran bersama Kelab Sukan dan Rekreasi Melayu Pulau Pinang yang julung kali diadakan itu akan dibahagikan kepada lapan kategori.

"Kita menjangkakan lebih 1,000 peserta akan menyertai larian itu termasuk dari luar dan dalam negara," katanya pada sidang akhbar di sini, Isnin.

Beliau berkata hadiah utama iaitu trofi akan diberi kepada 10 pemenang setiap kategori, manakala mereka yang berjaya menamatkan larian akan menerima pingat penamat dan sijil penyertaan.

Katanya orang ramai yang berminat untuk menyertai larian sejauh enam kilometer itu boleh mendapatkan borang penyertaan di lima lokasi yang telah dipilih atau menghubungi 04-2273092.

"Mereka yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan larian berkenaan di Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Kelab Sukan dan Rekreasi Melayu Pulau Pinang, Jabatan Taman Botani, Jabatan Khidmat Kemasyarakatan atau Taman Perbandaran, " katanya.

Yuran penyertaan ialah RM5 seorang bagi remaja dan RM12 seorang bagi dewasa. Tarikh tutup penyertaan ialah 14 Mac ini.- BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan