Fabregas Penyelamat Arsenal - Sukan | mStar

Fabregas Penyelamat Arsenal

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fabregas berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-86.
Fabregas berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-86.

LONDON: Cesc Fabregas menyempurnakan sepakan penalti ketika perlawanan berbaki empat minit untuk membantu Arsenal yang beraksi dengan hanya 10 pemain menundukkan Huddersfield 2-1 pada pusingan keempat Piala FA di Stadium Emirates, malam Ahad.

Pemain tengah Sepanyol yang diturunkan pada babak kedua meletakkan Arsenal semula di depan selepas mengambil sepakan penalti yang dihadiahkan kepada mereka apabila Nicklas Bendtner dijatuhkan oleh Jamie McCombe.

Peter Clarke menanduk masuk tandukan Bendtner ke gawang sendiri sekaligus memberi peluang kepada Arsenal untuk mendahului pada minit ke-21.

Begitupun, pasukan tuan rumah kehilangan khidmat Samir Nasri yang bergelut dengan kecederaan hamstring manakala Sebastian Squillaci dilayangkan kad merah.

Tandukan Alan Lee pada minit ke-66 memberi nafas lega kepada Huddersfield untuk menyamakan kedudukan sebelum Fabregas melengkapkan gol kemenangan The Gunners.

Sementara itu, pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United turut melangkah ke kelompok 32 akhir selepas menewaskan Southampton 2-1 pada Sabtu manakala Chelsea terikat 1-1 dengan Everton.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan