Djokovic Rangkul Kejuaraan Kedua Terbuka Australia

Diterbitkan: Ahad, 30 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Djokovic menjulang trofi yang dimenanginya selepas menundukkan Murray di final.
Djokovic menjulang trofi yang dimenanginya selepas menundukkan Murray di final.

NOVAK Djokovic merangkul kejuaraan Terbuka Australia buat kali kedua selepas menundukkan Andy Murray 6-4, 6-2, 6-3 dalam aksi final di Melbourne.

Pemain pilihan ketiga yang memenangi kejuaraan itu pada 2008 beraksi cemerlang dalam pertemuan selama dua jam 37 minit itu.

Selepas melangkah ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS) September lalu, Djokovic berada di kemuncak prestasinya dan menambah koleksi kejuaraan Terbuka Australia buat kali kedua.

Selain Djokovic yang mempamerkan persembahan bertenaga untuk menundukkan Roger Federer di separuh akhir, Murray yang beraksi di final Grand Slam pertamanya turut menjadi tumpuan ramai dalam pertemuan sengit itu.

"Saya mendedikasikan kejuaraan ini kepada keluarga dan sesiapa saja yang menyokong karier saya selama ini. Saya berusaha untuk mewakili negara dengan sebaik mungkin," kata Djokovic.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan