Tuanku Mizan Mula Saingan Kejohanan Kuda Lasak RTES

Diterbitkan: Sabtu, 29 Januari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SETIU: Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama 80 peserta lain memulakan saingan pada siri pertama Kejohanan Kuda Lasak Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) 2011 di Lembah Bidong, di sini, Sabtu.

Baginda, yang menunggang kuda 'VV Coco' mengetuai tiga lagi penunggang RTES dalam acara 80 kilometer.

Turut serta dalam perlumbaan di Taman Endurance Antarabangsa Terengganu (TIEP) itu ialah tiga anakanda baginda iaitu Tengku Nadhirah Zaharah, 15, Tengku Muhammad Mua'az, 11 dan Tengku Fatimatuz Zahra, 9.

Kesemua anakanda Tuanku Mizan menyertai acara 40 kilometer.

Kejohanan itu dilepaskan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Rozi Mamat pada pukul 5 petang ini.

Kejohanan itu terbahagi kepada tiga kategori iaitu 120 kilometer (empat peserta), 80 kilometer (24) dan 52 peserta dalam kategori 40 kilometer.

Pasukan lain yang turut serta termasuklah Ar-Raudah Equine Centre, State of Terengganu Endurance Team, The Langkawi Endurance Team dan Malaysian Army Endurance Team.

Kesemua peserta dijadual menamatkan perlumbaan itu dalam tempoh 12 jam 30 minit iaitu sehingga pukul 6 pagi Ahad.- BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan