suria

Terbuka Australia Milik Clijsters

Clijsters memenangi kejuaraan sulungnya pada Terbuka Australia.
Clijsters memenangi kejuaraan sulungnya pada Terbuka Australia.
Clijsters memenangi kejuaraan sulungnya pada Terbuka Australia.

PEMAIN pilihan ketiga, Kim Clijsters muncul juara Terbuka Australia selepas menewaskan Li Na dari China, 3-6, 6-3, 6-3 di Melbourne Park. Ia adalah kemenangan pertama Clijsters pada kejuaraan itu.

Clijsters yang menggondol tiga kejuaraan Terbuka Amerika Syarikat (AS) bermula agak perlahan pada set pertama sebelum bangkit untuk bergelar juara selepas pertembungan sengit selama dua jam empat minit.

Li Na semakin hampir untuk bergelar pemain China pertama memenangi kejuaraan Grand Slam sebelum Clijsters kembali mengubah corak permainannya menjadi lebih pantas.

Pemain kelahiran Belgium itu tewas kepada Justine Henin di final Terbuka Australia pada 2004 dan mara ke separuh akhir sebanyak empat kali.

"Akhirnya anda boleh memanggil saya Aussie Kim kerana memenangi kejuaraan ini. Walaupun ada beberapa perkara tidak berjalan seperti yang dirancang, anda sentiasa memberikan sokongan dan saya amat menghargainya," kata Clijsters ketika sesi penyampaian trofi.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain